Agensi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF) perlukan satu langkah holistik seiring usaha menangani isu pengangguran dalam kalangan belia di negara ini.<br />Pensyarah Pembangunan Belia, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia, Prof. Madya Dr. Mohd Mursyid Arshad berkata, ia sesuai dengan peranan kedua-dua institusi itu yang menyediakan peluang untuk belia meningkatkan kemahiran.